.:welcome to my blog:.

Sunday, February 21, 2010

Mentor Mentee

Sistem Mentor Mentee merupakan satu bentuk sistem komunikasi dua hala. Pelajar dan penasihat hendaklah berjumpa (apabila perlu) untuk berbincang secara terbuka mengenai apa jua bentuk masalah yang dihadapi. Sepanjang pengajian, di bawah program ini setiap pelajar (mentee) akan diletakkan di bawah bimbingan seorang mentor. Sistem ini telah mula dijalankan di sekolah-sekolah. Melalui pelaksanaan sistem ini, pelajar (mentee) secara tidak langsung boleh berhubung secara terus dengan mentor untuk mendapatkan nasihat dan berbincang apa sahaja masalah yang mereka hadapi dalam pembelajaran.

  • KEPENTINGAN MENTOR MENTEE

    Matlamat utama diadakan Program Mentor Mentee ialah untuk mewujudkan saluran perhubungan untuk membolehkan pelajar mengadu sebarang masalah khususnya dalam hal-hal akademik. Pelajar bertanggungjawab untuk memahami dan memenuhi keperluan kurikulum pengajiannya dan hendaklah mendapatkan nasihat sewajarnya. Usaha sedemikian perlu dilaksanakan bagi membantu pelajar mengatasi kelemahan yang dihadapi dalam aspek akademik secara berterusan. Mengikut program ini, pelajar akan sentiasa berurusan dengan mentor dalam pelbagai perkara. Selain dari itu juga, sistem ini akan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan mentor. Pelajar dan mentor hendaklah berjumpa/membuat pertemuan apabila perlu untuk berbincang mengenai program pengajian dan hal-hal lain yang berkenaan.

    TANGGUNGJAWAB MENTOR

    Menyimpan salinan rekod kemajuan akademik pelajar
    Menemui pelajar di bawah jagaannya dan memberi penerangan umum mengenai sistem semester dan hal-hal lain yang berkaitan dengan hal pembelajaran dan seterusnya mengikuti serta mengawasi pencapaian pelajar.
    Memaklumkan kepada pihak pentadbiran dari semasa ke semasa tentang prestasi dan masalah pelajar.
    Menasihat dan membantu pelajar dalam menyediakan rancangan pembelajaran.
    Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik atau peribadi melalui bimbingan, dorongan dan nasihat sewajarnya.
    Berusaha mencari alternatif bagi penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar di bawah pengawasannya.
    Merujuk kepada pihak-pihak lain yang berkaitan seperti kaunselor, doktor, pensyarah mata pelajaran dan sebagainya.
    Merancang serta memantau aktiviti mentee.

sumber : kolej asa

No comments:

Post a Comment